“I terpaksa balik dululah.. Puan Maria.. I got an appointment this evening..” Kate berdiri sambil memegang beg sandangnya.
Maria merenung jamnya. Sudah pukul 5:45 petang, tapi projek mereka masih belum siap dan sekarang Kate sudah minta izin pulang.
”But we need to finish this proposal by tomorrow morning.. I want everything to be done before tomorrow..” Maria memandang Kate seolah-olah meminta simpati.
“Yes.. but it’s settle except for slides preparation.. I boleh buat esok pagi..” janji Kate.
”Okaylah.. go ahead but promise come early tomorrow..” Maria mengingatkan.
“No problem.. I tak pernah dating lambat Puan Maria.. in case you’ve forgotten..” Kate tersenyum.
“Of course.. You never late.. but I believe thought is a special occasion, judging from I seen and.. jangan nak gaduh-gaduh lagi.. Tak baik.. Nanti si Zam tu lari.. Siapa rugi..??”
Kate Cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang dianggap seperti kakaknya.
Maria memerhatikan Kate yang kelihatan anggun petang itu, melangkah keluar dari pintu. Kate cantik, lemah lembut dan bijak. Beruntung sungguh boyfriendnya. Kate bukanlah seperti lain-lain sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan.
Kini.. tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu. Nasib baiklah Maria memang jenis bos yang memang pandai buat keje sendiri. Tahap kelajuan bukan calang-calang, maklumlah dari bawah sebelum duduk di kerusi Manager sekarang.
Maria masih lagi tekun mereka bentuk presentation yang sesuai kerana Maria memang cerewet dalam hal-hal begini.
Tidak ramai sekretarinya yang memahami apa yang Maria mahukan, kecualu Kate yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria dan mempunyai etika yang bagus. Cuma tak suka stayback. Maklumlah orang muda tentu lebih seronok keluar dengan kekasih daripada bergelut dengan kertas-kertas dan angka-angka.
”Hmmm.. mampus aku!!! Macam mana nak design layout nie..??? macam ni buruk, macam tu pulak hodoh.., problem.. problem..!!! bila aku boleh tidur nie..???” rungutnya. Maria memang nampak betul-betul tension sampai bercakap sendirian. Beberapa ketika kemudian, Maria hanya termenung di mejanya, sambil menghadap komputer. Kepalanya betul-betul buntu!!!
Jam di monitor komputer menunjukkan 7:30 malam.
Tiba-tiba kedengaran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.
”Assalamualaikum.. Puan Maria..” Suara yang memberi salam didengarnya. Untuk memastikannya, Maria berpaling.
”Wa’alaikumussalam.. eh, kan ada date..??” Maria merenung Kate yang kelihatan agak murung.
”Date I cancel lah..” Jawab Kate perlahan.
“Kesian you.. takpe.. kita siapkan projek ni yer.. I pun sampai tahap buntu dah nie. I nak pergi sembahyang Maghrib dulu.. You buat bagi habis, nanti I hantar you balik.” Maria bangun dan mencapai Al-Quran di hujung meja. Kate mengangguk dan duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar tadi.
”I stuck kat motor Risks tu.. tak tahu nak buat layout kemalangan jalan rayalah..” Maria menggaru kepalanya.
“Kalau boleh I nak yang betul-betul real supaya potential client tu faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan.. Boleh tak you buat something ngeri tapi menginsafkan orang yang memandangnya..” sambungnya sambil menggambarkan apa yang diingininya.
“Sure.. no problem.. I dah alami kemalangan jalanraya nie, I rasa I boleh buat apa yang you nak..” balas Kate. Maria tersenyum lega. Dia tahu kemampuan Kate.
“Good.. I pergi sembahyang kejap.. Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak.. and don’t hesitate to interrupt me if there is anything..” Kate angguk.
“You bacakan Yassin untuk I boleh tak..??? Maklumlah I tak sempat belajar mengaji..” kata Kate perlahan sambil memandang Maria.
”Tak sempat ke malas..??” Kate Cuma tersenyum mendengar sindiran pedas Maria.
”Kita keje nie keje jugak.. Jangan sampai jadi hamba kerja dan lupa pada kewajipan. I rasa tak pernah nampak you sembahyang.. Lagipun kita.. bukannya takda kemudahan untuk beribadah kat office nie..”
Sekali lagi Kate terkena.. Pedas.. tapi itulah kenyataan!!! Dia tahu Maria tidak bermaksud menyakiti hatinya.
“Eeerrrk.. tak sempat..” balas Kate sambil tunduk. Maria terus menuju ke surau. Maria dapat mendengar bunyi keyboard berdetik-detik. Selesai solat Maghrib, Maria terus berdoa agar proposalnya diterima. Kemudian Maria membaca Al-Quran printer sedang digunakan.
“Cepat dan cekap sungguh Kate bekerja..”bisik Maria. Belum pernah Maria rasa puas hati dengan sekretarinya sebelum ini.
Jam sudah menenjukkan masuk waktu Isyak. Maria mengerjakan solat Isyak dengan tenang. Setelah selesai bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya. Suasana di pejabat sudah senyap sunyi. Mungkin Kate sudah menyiapkan tugasnya. Maria lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide layout dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan success.
InsyaAllah.. dia akan mendapat premium yang agak lumayan dalam keadaan gawat-gawat begini. Maklumlah suasana ekonomi jatuh begini, setiap syarikat besar akan menggunakan insurans untuk mengurangkan risiko kerugian.
Satu demi satu Maria meneliti slide tersebut, dan dia berpuas hati dengan hasil kerja Kate. Nampaknya Kate sudah membuat beberapa pembetulan pada kerja Maria sebentar tadi, dan Kate bijak memilih warna. Maria rasa Kate lebih sesuai masuk ke bidang grafik dari bidang insurans yang kurang kretivitinya yang tinggi ini.
”Eeeee.. ngerinya.. macam manalah agaknya dia boleh design gambar eksiden punya real..???” detik hati Maria.
Maria memandang slide bertajuk Motor Risks. Sebuah kereta dan bas ekspres menghimpit sebuah motosikal. Kedua-dua pemboncengnya mati. Salh seorang daripadanya tercampak dan terbaring agak jauh dari motosikal manakala yang seorang lagi terhimpit di bawah kereta. Digambarkan boot kereta kemek dan cermin pecah.
Tinggi sungguh imaginasi Kate menggambarkan keadaan cermin kereta pecah berderai dan darah membasahi jalan raya. Maria sudah membayangkan suasana presentation esok.
“It’s going to be successful presentation with all this slides..” Maria tersenyum gembira dan segera mengemas begnya.
Kate masih tidak kelihatan mungkin ke bilik air agaknya. Maria mencari di sana kemudian berpusing satu pejabat dan memanggil nama Kate, namun tiada sahutan.
”Ke mana pula Kate pergi..?? Dah balik agaknya budak nie..” bisik Maria setelah gagal menemui Kate. Mungkin keluar ketika di asedang sembahyang dan tidak memberitahu Maria.
”Tak apalah.. Janji kerja dah siap..” detik Maria sambil membawa komputer bimbitnya dan kesemua persediaan untuk presentation kerana dia tidak bercadang untuk singgah ke pejabat pagi esok.
Seperti yang dijangkakan, presentation berjaya. Pelanggannya bersetuju dengan setiap kelas insurans yang dicadangkan. Malah pelanggan juga sanggup meningkatkan lagi sum insured bagi risiko harta benda mereka.
Maria memandu ke pejabat dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Tiba di bangunan Sime Darby, Maria segera menuju ke lif dan menekan butang ke pejabatnya. Maria masuk ke pejabat bersemangat berjumpa Kate dan mengucapkan terima kasih atas hasil usaha kerjanya semalam.
Tengah hari nanti Maria bercadang mahu belanja Kate makan. Walaupun Kate sememangnya patut membantunya tetapi Maria memang suka mengambil hati orang bawahannya.
”Puan Maria, macam mana you boleh happy je hari ni..??” Tegur Faridah, penyambut tetamu di pejabatnya.
“Presentation I berjaya.. sebab tu I happy.. Kate dah sampai..??” tanyanya.
“Kate..?? Err.. you tak tahu ker..??” wajah Faridah berkerut memandang Maria.
“Tak tahu apa?? Semalam Kate patut keluar dengan Zam.. tapi pukul 7:30 dia datang balik ke pejabat.. tolong I buat kerja.. Dia kata datenya cancel.. ” Maria menatap Faridah yang begitu kehairanan.
”Dia datang balik ke pejabat pukul 7:30..??? Tolong you buat kerja..??? Err you tak baca paper hari nie ker..???” mata Faridah terbaliak. Banyak tanya pulak Faridah nie.
“Why..???” hati Maria mula gusar. Faridah menghulurkan surat khabar dan.. otak Maria pantas mencerna pandangan matanya. Hatinya berdebar kencang katika membaca tajuk utama akhbar hari itu.
’DUA PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT DIHIMPIT KERETA DAN BAS’
Turut disiarkan gambar tragedi tersebut.
”Ya Allah.. apa yang Kau cuba tunjukkan padaku..???” kaki Maria lemah dan dia terduduk di sofa tetamu.
Matanya masih terpaku pada gambar di dada akhbar sambil otaknya ligat membandingkan slide Motor Risks yang dibuat oleh Kate malam tadi.
Perlahan-lahan Maria bangun menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Maria mahu membaca surah Yassin, seperti apa yang di minta oleh Kate…