Monday, 22 August 2011
Saturday, 20 August 2011
My Dream
I have my own dream,
If I be a king in this world,
Many things I will change,
I will change all things in this world…
If be an architect in this world,
I will build a high building,
The building higher than KL Tower and Eiffel Tower or Burj…
If I be a doctor,
I will safe my family from sick,
Anyone and my parents and
All people in this world,
Children always happy,
Let their sadness not exist in their life…
If I be a teacher in this world,
I will teach my students until they be a good person and clever…
If I can,
I will make sure all person in this world,
Get success in their life,
I want to make sure all person in this world have our good income and money,
Let a person named beggars will not exist…
If I get a success,
All person, my friends and my teachers,
Especially my parents will happy and proud of me because my parents just want to look,
Their daughter get success in life…
If all things like my dream,
All things,
~Tugas Terakhir Kate~
“I terpaksa balik dululah.. Puan Maria.. I got an appointment this evening..” Kate berdiri sambil memegang beg sandangnya.
Maria merenung jamnya. Sudah pukul 5:45 petang, tapi projek mereka masih belum siap dan sekarang Kate sudah minta izin pulang.
”But we need to finish this proposal by tomorrow morning.. I want everything to be done before tomorrow..” Maria memandang Kate seolah-olah meminta simpati.
“Yes.. but it’s settle except for slides preparation.. I boleh buat esok pagi..” janji Kate.
”Okaylah.. go ahead but promise come early tomorrow..” Maria mengingatkan.
“No problem.. I tak pernah dating lambat Puan Maria.. in case you’ve forgotten..” Kate tersenyum.
“Of course.. You never late.. but I believe thought is a special occasion, judging from I seen and.. jangan nak gaduh-gaduh lagi.. Tak baik.. Nanti si Zam tu lari.. Siapa rugi..??”
Kate Cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang dianggap seperti kakaknya.
Maria memerhatikan Kate yang kelihatan anggun petang itu, melangkah keluar dari pintu. Kate cantik, lemah lembut dan bijak. Beruntung sungguh boyfriendnya. Kate bukanlah seperti lain-lain sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan.
Kini.. tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu. Nasib baiklah Maria memang jenis bos yang memang pandai buat keje sendiri. Tahap kelajuan bukan calang-calang, maklumlah dari bawah sebelum duduk di kerusi Manager sekarang.
Maria masih lagi tekun mereka bentuk presentation yang sesuai kerana Maria memang cerewet dalam hal-hal begini.
Tidak ramai sekretarinya yang memahami apa yang Maria mahukan, kecualu Kate yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria dan mempunyai etika yang bagus. Cuma tak suka stayback. Maklumlah orang muda tentu lebih seronok keluar dengan kekasih daripada bergelut dengan kertas-kertas dan angka-angka.
”Hmmm.. mampus aku!!! Macam mana nak design layout nie..??? macam ni buruk, macam tu pulak hodoh.., problem.. problem..!!! bila aku boleh tidur nie..???” rungutnya. Maria memang nampak betul-betul tension sampai bercakap sendirian. Beberapa ketika kemudian, Maria hanya termenung di mejanya, sambil menghadap komputer. Kepalanya betul-betul buntu!!!
Jam di monitor komputer menunjukkan 7:30 malam.
Tiba-tiba kedengaran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.
”Assalamualaikum.. Puan Maria..” Suara yang memberi salam didengarnya. Untuk memastikannya, Maria berpaling.
”Wa’alaikumussalam.. eh, kan ada date..??” Maria merenung Kate yang kelihatan agak murung.
”Date I cancel lah..” Jawab Kate perlahan.
“Kesian you.. takpe.. kita siapkan projek ni yer.. I pun sampai tahap buntu dah nie. I nak pergi sembahyang Maghrib dulu.. You buat bagi habis, nanti I hantar you balik.” Maria bangun dan mencapai Al-Quran di hujung meja. Kate mengangguk dan duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar tadi.
”I stuck kat motor Risks tu.. tak tahu nak buat layout kemalangan jalan rayalah..” Maria menggaru kepalanya.
“Kalau boleh I nak yang betul-betul real supaya potential client tu faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan.. Boleh tak you buat something ngeri tapi menginsafkan orang yang memandangnya..” sambungnya sambil menggambarkan apa yang diingininya.
“Sure.. no problem.. I dah alami kemalangan jalanraya nie, I rasa I boleh buat apa yang you nak..” balas Kate. Maria tersenyum lega. Dia tahu kemampuan Kate.
“Good.. I pergi sembahyang kejap.. Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak.. and don’t hesitate to interrupt me if there is anything..” Kate angguk.
“You bacakan Yassin untuk I boleh tak..??? Maklumlah I tak sempat belajar mengaji..” kata Kate perlahan sambil memandang Maria.
”Tak sempat ke malas..??” Kate Cuma tersenyum mendengar sindiran pedas Maria.
”Kita keje nie keje jugak.. Jangan sampai jadi hamba kerja dan lupa pada kewajipan. I rasa tak pernah nampak you sembahyang.. Lagipun kita.. bukannya takda kemudahan untuk beribadah kat office nie..”
Sekali lagi Kate terkena.. Pedas.. tapi itulah kenyataan!!! Dia tahu Maria tidak bermaksud menyakiti hatinya.
“Eeerrrk.. tak sempat..” balas Kate sambil tunduk. Maria terus menuju ke surau. Maria dapat mendengar bunyi keyboard berdetik-detik. Selesai solat Maghrib, Maria terus berdoa agar proposalnya diterima. Kemudian Maria membaca Al-Quran printer sedang digunakan.
“Cepat dan cekap sungguh Kate bekerja..”bisik Maria. Belum pernah Maria rasa puas hati dengan sekretarinya sebelum ini.
Jam sudah menenjukkan masuk waktu Isyak. Maria mengerjakan solat Isyak dengan tenang. Setelah selesai bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya. Suasana di pejabat sudah senyap sunyi. Mungkin Kate sudah menyiapkan tugasnya. Maria lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide layout dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan success.
InsyaAllah.. dia akan mendapat premium yang agak lumayan dalam keadaan gawat-gawat begini. Maklumlah suasana ekonomi jatuh begini, setiap syarikat besar akan menggunakan insurans untuk mengurangkan risiko kerugian.
Satu demi satu Maria meneliti slide tersebut, dan dia berpuas hati dengan hasil kerja Kate. Nampaknya Kate sudah membuat beberapa pembetulan pada kerja Maria sebentar tadi, dan Kate bijak memilih warna. Maria rasa Kate lebih sesuai masuk ke bidang grafik dari bidang insurans yang kurang kretivitinya yang tinggi ini.
”Eeeee.. ngerinya.. macam manalah agaknya dia boleh design gambar eksiden punya real..???” detik hati Maria.
Maria memandang slide bertajuk Motor Risks. Sebuah kereta dan bas ekspres menghimpit sebuah motosikal. Kedua-dua pemboncengnya mati. Salh seorang daripadanya tercampak dan terbaring agak jauh dari motosikal manakala yang seorang lagi terhimpit di bawah kereta. Digambarkan boot kereta kemek dan cermin pecah.
Tinggi sungguh imaginasi Kate menggambarkan keadaan cermin kereta pecah berderai dan darah membasahi jalan raya. Maria sudah membayangkan suasana presentation esok.
“It’s going to be successful presentation with all this slides..” Maria tersenyum gembira dan segera mengemas begnya.
Kate masih tidak kelihatan mungkin ke bilik air agaknya. Maria mencari di sana kemudian berpusing satu pejabat dan memanggil nama Kate, namun tiada sahutan.
”Ke mana pula Kate pergi..?? Dah balik agaknya budak nie..” bisik Maria setelah gagal menemui Kate. Mungkin keluar ketika di asedang sembahyang dan tidak memberitahu Maria.
”Tak apalah.. Janji kerja dah siap..” detik Maria sambil membawa komputer bimbitnya dan kesemua persediaan untuk presentation kerana dia tidak bercadang untuk singgah ke pejabat pagi esok.
Seperti yang dijangkakan, presentation berjaya. Pelanggannya bersetuju dengan setiap kelas insurans yang dicadangkan. Malah pelanggan juga sanggup meningkatkan lagi sum insured bagi risiko harta benda mereka.
Maria memandu ke pejabat dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Tiba di bangunan Sime Darby, Maria segera menuju ke lif dan menekan butang ke pejabatnya. Maria masuk ke pejabat bersemangat berjumpa Kate dan mengucapkan terima kasih atas hasil usaha kerjanya semalam.
Tengah hari nanti Maria bercadang mahu belanja Kate makan. Walaupun Kate sememangnya patut membantunya tetapi Maria memang suka mengambil hati orang bawahannya.
”Puan Maria, macam mana you boleh happy je hari ni..??” Tegur Faridah, penyambut tetamu di pejabatnya.
“Presentation I berjaya.. sebab tu I happy.. Kate dah sampai..??” tanyanya.
“Kate..?? Err.. you tak tahu ker..??” wajah Faridah berkerut memandang Maria.
“Tak tahu apa?? Semalam Kate patut keluar dengan Zam.. tapi pukul 7:30 dia datang balik ke pejabat.. tolong I buat kerja.. Dia kata datenya cancel.. ” Maria menatap Faridah yang begitu kehairanan.
”Dia datang balik ke pejabat pukul 7:30..??? Tolong you buat kerja..??? Err you tak baca paper hari nie ker..???” mata Faridah terbaliak. Banyak tanya pulak Faridah nie.
“Why..???” hati Maria mula gusar. Faridah menghulurkan surat khabar dan.. otak Maria pantas mencerna pandangan matanya. Hatinya berdebar kencang katika membaca tajuk utama akhbar hari itu.
’DUA PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT DIHIMPIT KERETA DAN BAS’
Turut disiarkan gambar tragedi tersebut.
”Ya Allah.. apa yang Kau cuba tunjukkan padaku..???” kaki Maria lemah dan dia terduduk di sofa tetamu.
Matanya masih terpaku pada gambar di dada akhbar sambil otaknya ligat membandingkan slide Motor Risks yang dibuat oleh Kate malam tadi.
Perlahan-lahan Maria bangun menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Maria mahu membaca surah Yassin, seperti apa yang di minta oleh Kate…
Berapa Kali Nak Cakap...
Pernah seketika dulu, saya rasa tak berguna..
Saya rasa kekosongan..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ber‘couple’..
Di dorm SMS pakwe sampai pagi..
Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
Saya mula menanam tekad untuk ber‘couple’ dan membuka ruang hati untuk awak..
Dan masa itulah saya dengan murah hatinya membuka peluang buat awak..
Saya rasa saya dah jumpa orang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula saya jual mahal..
Tapi awak tak kisah.. nak beli gak..
Akhirnya, dipendekkan cerita..
Saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat
Ape orang kata.. ‘ALL OUT’lah..
Haha..
Awak selalu call saya, saya pun selalu call awak..
‘gayut’ malam-malam.. kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Masa bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau..
Sikit-sikit gelak..
Kalau merajuk main pujuk-pujuk..
Kalau ’birthday’ kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini, terasa amat bahagia..
Sebab itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir..
Biarlah kawan-kawan tu pandang saya semacam..
Kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar, saya buat banyak dosa dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia.. menginginkan kebaikan..
Sejak dari saat itu saya mula merapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Quran..
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
Jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
Saya kejut awak bangun Subuh.. (calling)
Saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berenti ‘couple’.
Saya kata, kita bukan buat benda salah..
Bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
Ada yang siap buat maksiat lagi..
Tapi kita couple baik2..
Jaga batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang..
Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
Cuma SMS dan call je..
Janji taknak jumpe, takut berlaku maksiat..
Dan awak terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awak pun terima..
Akhirnya saya rasa hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya..
Saya mula menyedari bahawa dakwah itu wajib..
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik..
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa..
Saya mesti nak tegur..
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Apa lagi.. tegur je la depan-depan.. huhu..
Lepas tu..Satu masa..
Saya terbaca pasal couple..
“COUPLE HARAM”
![http://www.clock-desktop.com/screens/love_heart_clock/love-heart-clock-800.jpg](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tu6rCnqLJu7aHkSTVNogyqGAXOXFXseZkCYGiD_U5eYlxJN96ZXinz_GpGmGKtxY4DsCQSTFTqCO9e3ZGsLqpKsS1ZaZbboxrCGdmoG7WmDmKK4kwW7sA2Ig20-Xa6D3-rcqUGbCfU6dQsMbm3pZuWHA=s0-d)
Saya tak percaye..
Tapi bila baca detail2 yang dia bagi..
Macam betul pulak..Huhu..
Tapi, biasala..
Kalau kita suka satu benda tu..
Kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
Dan teruskan saja hubungan kita..
Kita tak buat maksiat..
Kita jalan tak pegang-pegang tangan..
Tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tazkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu..
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
Lagi sebulan sebelum trial..
Dalam masa tu memang saya rajin study dengan kawan-kawan..
Buat study group..
Dipendekkan cerita..
Saya ke Penang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan leih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
Saya masih lagi SMS dengan awak dalam bas..
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.
Dalam fikiran saya, “Ni kira dakwah juga.. saling ingat-mengingati..”
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf,
Pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
Pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple..
Tapi saya teragak-agak..
“Kalaulah betul couple tu salah.. habis tu, nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah, buat apa fikir macam tu.. Tanya je la. Kalau tak salah, apa nak ditakutkan?”
Lalu saya menghampiri ‘brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan al-Quran..
Assalamualaikum, bang.. Saya nak tanye sikit boleh?
”Em.. boleh.. duduklah. Nta nak tanya apa?”
“Err..macam nie,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ade kenal dengan seorang kawan ni, lelaki la..Tapi bukanla setakat kawan biase.. Rapatla gak.. Bukan rapat biasa, tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate.. mesti dia marah nanti. Saya pun angguk.. lepas tu saya tanya..
“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”
“Ukhti, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal da nada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke17, dalam ayat yang ke 32 :
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. ”
“Tapi bang, saya tak nampak pun kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. SMS pun takdela jiwang2, selalu bagi tazkirah lagi.. kami selang-seli bagi, hari ni saya, esok dia. Saya dah buat satu perubahan pada dia.. Setiap hari dia ke surau, solat berjemaah.. Kadang-kadang, dialah yang menjadi imam, bang..”
Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat,niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Sebenarnya, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta SMS dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”
”Tapi bang.. saya dah janji dengan dia taknak jumpe lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahanya. Dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh bawa kepada zina juga bang?”
“Em, betul nta dah janji taknak jumpa dia lagi. Nta dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau nta janji taknak call dia pun, nta dapat elakkan zina telinga dan zina lidah. Tapi,masih ada zina yang tetap nta tak dapat elakkan apabila bercouple..”
”Zina hati?” saya menduga.
”Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangkan si dia. Hakikatnya, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”
“Ana dulu pun couple gak.. lama lagi daripada nta. Sejak sekolah sampai masuk U,dekat nak gred. Tapi bile ana sedar ape yang ana buat ni salah, ana terus tinggalakan. Ana siap fikir, dialah bakal isteri ana dan menjadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik taka da orang lain masa tu. Brother tu jawab..
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun mereka akan mengata belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah.. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna.”
Saya terdiam lagi.
“Pasal dia pula, cuba nta fikir positif, mungkin dia akan terima keputusan nta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalu dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.”
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
“Jadi apa yang saya nak buat sekarang bang?”
“Ana dulu, hantar satu SMS je kat dia.Ana terangkan hubungan yang kita bina ini salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepastu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada jugak kawan lelaki lain, boleh pula saya hubungi mereka?”
”Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia.”
Tiba2 saya berfikir..
Dia ni nak suruh aku clash malam nie jugak ke? Sekarang gak? Takkanla awal sangat?
Saya cakap..
Saya rase saya takde kekuatan la bang. Boleh tak tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?
Saya ingat nak lari, lalu dia jawab..
“Ukhti, nta kena ingat, kekuatan itu tidak boleh ditunggu.. tapi dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du, surah ke13, ayat 11. Lagipun nta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni.. Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.”
Alamak.. tak boleh lari lagilah nampaknya.. saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
Semuanya dah jelas.. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup. Buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah Allah tarik, susah pula nak tinggalakan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat.. jadi, inilah masanya.. Lalu perlahan2 saya taip SMS tu..
Assalamualaikum.. Abang, sebenarnya selama ini hubungan kita salah disisi Islam. Saya ingat dengan mengubah pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap abang istiqamah dengan meneruskan perubahan yang abang dah buat, kerana Allah. Saya mintak maaf. Kalau ada jodoh insyaAllah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..
Berat betul nak hantar SMS tu kat awak. Saya masih tak mampu untuk ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam SMS tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika.. Saya tekan juga button [SEND]
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya.. Saya dah hantar 1 SMS, dan clash dengan awak..
”Terima kasih awak..”
”Takpe, dah tanggungjawab..”
Malam itu saya tidur dengan linangan air mata.. tak sangka.. memang tak sangka.. saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita.. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah.. Surah al-Baqarah, ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal perang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu: Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu.. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba..
Tiba-tiba satu pagi ni, saya dapat SMS daripada awak.. awak bagi gambar hati.. Cantik! Bawah tu ada ayat..
“Seindah kasih sayang pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya.. saya pun fikir.. “Kena tegaskan rasanya..” Saya balas.. dan rasanya itulah yang terakhir..
Assalamualaikum.. saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi, carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan,
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
-Yang Terakhir-
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan.. Buat selama-lamanya...
![You are viewing the Love Red Heart wallpaper in the category of You are viewing the Love Red Heart wallpaper in the category of](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tFcrEQcRpdLY_raxnhCnuS1K8hzYJd-iG6iVoHQ9kJEYRiHBkc95GF3NpS8WfjPj-jai8QA1W3E0YZxcqrZtepaavxKDMfisi0H2phD8VEqDxBwOZB60xjEAnPnVYh7H0cujeO8kepbgftzI3NBzl17-c=s0-d)
Subscribe to:
Posts (Atom)