Sungguh aku bangga melihat kejayaan rakan-rakanku sejak kebelakangan ini. Aku sangat tersentuh melihat kejayaan beberapa orang rakanku yang seringkali tersisih kini sudah mampu mendaki tangga. Soon.. Fakhrul, Afrizal, Anwary dan Afiqah (bukan nama sebenar) bakal melangkah setapak lagi dihadapan aku apabila secara rasminya layak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara setelah mendapat 8A, 5A 6B, straight A dan 9A respectively in our major exam.
Siapa sangka, mereka yang biasa-biasa saja, sentiasa merendah diri suatu ketika dulu.. kini sudah boleh bermegah dengan kejayaannya. Mengapa aku tidak perlu berbangga.. aku tidak pernah tahu kehadiran mereka mengalunkan butir bicara yang begitu sempurna.
Rezeki nyata menyebelahi mereka, apabila darjat diangkat sedikit demi sedikit, dan kini dibawah seliaan malaikat, mereka bakal berada di kedudukan yang barangkali tidak terfikir oleh mereka.
Tahniah korang, sesungguhnya aku sangat-sangat berbangga dengan kejayaan anda ini. Tidak rugi anda menjejak dunia nyata yang penuh dengan pelbagai tanda tanya ini. Menjadi sungguh usaha anda.
Namun, jauh disebalik kegembiraan yang didukung untuk mereka, aku mula terfikir dimana kedudukan aku sekarang. Apa pencapaian aku sepanjang aku berada di institusi pendidikan. Aku harus akui yang semakin hari, aku semakin hilang nafsu serakahku mengejar tittle 'DR'. Aku sangat teruja untuk terus face dan face dan face sepanjang hari kerana bagi aku, ianya minat aku, dan minat yang aku ada itu aku zahirkan dengan pelbagai bentuk sumbangan kepadanya.
Jauh disudut hati, sudah berbekas rasa usaha itu kini tidak lagi dihargai. Mungkin benar, mungkin juga mainan perasaan manusia biasa yang sudah terlalu biasa dengan kebosanan melampau.
Sudah semakin hilang keterujaan ini.. sehinggakan aku rasakan diri ini terkapai-kapai tanpa sebarang kemajuan. Aku sedang berusaha, namun, aku tidak tahu mana arah tuju aku. Jiwa baru aku belum aku temui. Sedang aku cari dengan penuh kesabaran, tetapi tekanan yang pelbagai aku terima sejak kebelakangan ini, benar-benar mencabar iman aku, mencabar kelangsungan aku.
Dan ketika ini, hanya satu yang mampu aku zahirkan, DOA! Doa agar apa yang aku ingin miliki 2 tahun lalu dalam jiwa ini, akan kemabli kepadaku, supaya aku akan terus mengembara disini. Namun, aku sendiri tidak dapat menduga apa yang akan datang menjemput ku dahulu.
Moga doa agar hidup ini diteruskan sebagai DIRI AKU, yang akan terus menerus mengecapi 'DR' menjadi realiti. Harapanku.. hanya itu.. namun.. aku hanya merancang.. Allah sudah mencaturkan diri aku, dan perjalanan hidupku...