"In Johannesburg, you shoot to kill," demikian kata-kata seorang kenalan aku dari Facebook, yang berasal dari kota masyhur Afrika Selatan ini. Menurutnya, sesiapa sahaja yang datang ke Jo'burg (singkatan untuk Johannesburg) perlu berwaspada kerana kadar jenayah yang amat tinggi di sini. Kata kenalan aku ini lagi, jika anda bersenjata ketika dirompak, pastikan anda menembak mati perompak tersebut. Jika tidak, dia akan datang memburu anda nanti!
Amira Nuhu Twene. Itulah saudara pen-pal aku yang belajar Ghana ini. Berumur 25 tahun.
Situasi tidak stabil negara-negara jiran mendesak ramai insan menyeludup masuk ke Johannesburg. Ramai yang gagal mencari pekerjaan dan akhirnya sanggup mengemis atau berbuat apa sahaja untuk terus hidup di pelusuk kota ini. Alangkah bersyukurnya bila dibandingkan dengan keadaan di Malaysia tanahirku!
Walaupun masih minoriti, agak ramai umat Islam di Cape Town dan Durban merupakan golongan ahli perniagaan yang berjaya dan bertaraf profesional serta kukuh ekonominya. Justeru, agak mudah untuk mencari restoran makanan halal di sini kerana pelbagai restoran yang ada cuba untuk menarik minat umat Islam.
"We were strangers. Now we're sisters."
Pada hemat aku, inilah keindahan sebenar Islam. Bak kata Maryam, seorang kenalan baru aku di Durban, "When you first come out in my FB, we were strangers. Now of course we are sisters."
![]() |
AMIRA NUHU TWENE |
No comments:
Post a Comment