![]() |
TAKDA MENDA NAK HUPDATE.. SEGALANYA DAH KLEAR TUUU... |
Thursday, 21 June 2012
Tuesday, 12 June 2012
.::Am I Ready???::.
Di meja penuh project architecture, tetapi tidak berusik
(syndrome malas)
Sekali lagi, konflik dalaman. Biasalah aku ni, berkonflik
bagai nak rak, tapi bibir masih senyum. Mungkin sebab aku penat nak menangis.
Kalau aku nangis pun, bukan ada orang nak kesat,bukan ada nak pujuk. Jadi bila
aku dah susah hati begini, perkara pertama aku buat, aku pergi ambil wudhu,
solat. Then bukak quran, baca (dah 2 bulan tak buat).
Biasanya aku cari benda2 lawak atau apa2 lah yang boleh buat
aku gelak sorang2 macam orang weng2. Mungkin pelik lah kan cara aku cope dengan
stress ni, tapi, aku memang kena stimulate diri sendiri untuk gelak, sebab bila
aku gelak, gelak kuat2, it really makes me feel better. Rasa kurang sikit sebak
didada. Laughter is the medicine, which is very true. Sampai kadang2 roomate
naik heran asal pulaklah si adibah ni gelak bagai nak rak sorang2...
Seronok tengok kawan-kawan semua dah membina mahligai, dah berumahtanggalah maksudnya kan. Kadang-kadang bila tengok rakan-rakan dah menjejak alam tu, diri sendiri jadi ragu-ragu, adakah aku sendiri dah bersedia untuk kearah tu. Dan adakah aku telah menemui orang yang benar-benar tepat untuk menempuh zaman itu. Diorang muda lagi kot, takda akal nak belajar dulu ke..?? Baru 17, 18... Hakikatnya, aku sendiri tak yakin. Bagi aku, membina sebuah rumahtangga bukanlah perkara yang remeh temeh. Bukanlah perkara yang boleh di decide dalam masa sebulan dua. Apabila kita telah membuat keputusan untuk hidup bersama, bermakna baik buruk sepanjang laluan itu, kita harus terima dengan hati yang terbuka.. Lebih-lebih lagi menjadi seorang isteri, maka suami itu adalah syurga dunia dan akhirat buat kita. Uwekks, ayat ape yang aku guna ni.
Bila fikir-fikir balik, aku jadi takut. Bimbang. Ya memang
seronok tengok orang lain dah jumpa tulang rusuk kiri masing2. Tapi
tertanya-tanya, aku ni tulang rusuk kiri siapa? Dan perkara yang paling aku
bimbangkan sekali ialah adakah pemilik tulang rusuk ini akan memahami dan
menerima aku yang serba kekurangan compang camping ini seadanya. Kerana aku
sedar, aku ni wanita yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sukaar
difahami. Tak percaya tanya ibu aku haha. Biasanya 50% yang aku cakap berbeza
daripada apa yang sebenarnya ada dalam hati. Apa yang aku buat berbeza dari apa
yang aku inginkan. Kadang-kadang aku boleh jadi wanita paling kuat hati, tapi
lain waktu aku pula boleh jadi wanita paling cepat menangis.
Pun perkara yang sama berlaku juga antara aku dan ibu. Ibu, adalah orang
yang paling kenal anak perempuannya ini. Anak perempuannya yang sangat-sangat
sukar difahami. Sebagai contoh, kalaulah aku sedih atau bengang sebab kena
marah atau kena sembur, aku memang akan terus
telefon ibu n luahkan perasaan dan aku sebenarnya mengharap ibu akan
menenangkan dan menasihati aku. Like say, kalau time tu ibu tengah khusyuk
tengok tv cerita favourite dia, dan ibu tidak nasihat aku seperti yang
diharapkan, aku terus merajuk, kata ibu tak sayang anak ibu yang jauh ni. Tak
ingat anak dia yang tercampak jauh di kota 'amsterdam' ni. Lawak kan? hehe Actually
aku nak dengar dialog-dialog biasa je dari ibu, contoh, "Dahlah kak, biar
je. Sabar banyak-banyak.." Tapi bila ibu gagal cakap 'skema' ni, aku
meragam macam budak umur 5 tahun haha. Pastu tak lama lepas tu, aku akan mohon
maaf pada ibu. Itulah yang selalu berlaku.
Itu ibu, wanita yang besarkan aku dari sekecil
tapak tangan hingga sekarang. Namun, pemilik tulang rusuk itu, bisakah dia
memahami? Bisakah dia mengerti dan menerima?
Ahaxxx, tak mengapalah, pulangkan semuanya pada Allah. Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Namun cukup baikkah aku untuk mendapat lelaki yang terbaik?
Secara jujurnya, aku tulis entry ini dengan rasa penuh
bimbang. Entah kenapa hari ini, aku begitu ralat dengan isu ini. Seolah-olah
aku belum menemui apa yang dicari atau merasakan apa yang berlaku adalah satu
kesilapan. Malah aku merasa takut adakah kita sedang membuat pilihan yang
betul. Untuk wanita seperti aku, yang terlalu sukar untuk difahami, aku
bimbang, pemilik tulang rusuk itu kesal kerana memilihku.
Friday, 8 June 2012
I NEED SOME SPACE TO BREATH!!!
Ya Allah...
Kenapa aku tak tenang??? berserabutnya kepala....
Tension + Headache + Sad + Down + Scared + Frustrated + Lonely...
aishhhhh... hormon yang sungguh tidak stabil!!!
Bila kita rasa semua yang kat atas tu..rasa nak nangis pon ada... rasa nak lari jauhhhhhhhhh dari dunia ni pon ada... rasa nak mati pon ada... semua ada!!!
I know that I am not Perfect... Bukan baik sangat macam bidadari... but i know who am I???
Apa aku nak buat nih??? kenapa aku rasa macam nih? normal ke apa yang aku rasa nih atau nih semua bisikan syaitan yang mmg kerjanya nak menyesatkan umat Nabi... Ya Allah aku merayu padamu...Kau berikan lah aku petunjuk. Lindungi lah aku dari segala perkara yang tidak elok dan kau restuilah perjalanan hidup ku ini.
Cukuplah + - setahun aku diuji dengan bermacam2 ujian... Aku tak mampu lagi diuji. Sesungguhnya aku memang lemah... lemah untuk mengharungi segala ujianmu Ya Allah...
Sekarang baru aku tahu... hidup memang umpama roda.. dulu..aku tak pernah rasa down macam nih.. aku seorang yg sangat bersemangat untuk hidup... Aku seorang yang bahagia dengan kehidupanku.. tapi kini??? haishhhhhhh... aku diuji... baru aku sedar... sekejap jek Tuhan nak tarik balik segala apa yang dipinjamkan kepada kita... harta benda, kebahagiaan, kerjaya atau nyawa sekalipon... degan kehendaknya sekelip mata segala boleh berubah.
Nauzubillahhhhhh...
Subscribe to:
Posts (Atom)