THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Menghitung Hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 12 June 2012

.::Am I Ready???::.



Di meja penuh project architecture, tetapi tidak berusik (syndrome malas)

Sekali lagi, konflik dalaman. Biasalah aku ni, berkonflik bagai nak rak, tapi bibir masih senyum. Mungkin sebab aku penat nak menangis. Kalau aku nangis pun, bukan ada orang nak kesat,bukan ada nak pujuk. Jadi bila aku dah susah hati begini, perkara pertama aku buat, aku pergi ambil wudhu, solat. Then bukak quran, baca (dah 2 bulan tak buat).



Biasanya aku cari benda2 lawak atau apa2 lah yang boleh buat aku gelak sorang2 macam orang weng2. Mungkin pelik lah kan cara aku cope dengan stress ni, tapi, aku memang kena stimulate diri sendiri untuk gelak, sebab bila aku gelak, gelak kuat2, it really makes me feel better. Rasa kurang sikit sebak didada. Laughter is the medicine, which is very true. Sampai kadang2 roomate naik heran asal pulaklah si adibah ni gelak bagai nak rak sorang2...






Seronok tengok kawan-kawan semua dah membina mahligai, dah berumahtanggalah maksudnya kan. Kadang-kadang bila tengok rakan-rakan dah menjejak alam tu, diri sendiri jadi ragu-ragu, adakah aku sendiri dah bersedia untuk kearah tu. Dan adakah aku telah menemui orang yang benar-benar tepat untuk menempuh zaman itu. Diorang muda lagi kot, takda akal nak belajar dulu ke..?? Baru 17, 18... Hakikatnya, aku sendiri tak yakin. Bagi aku, membina sebuah rumahtangga bukanlah perkara yang remeh temeh. Bukanlah perkara yang boleh di decide dalam masa sebulan dua. Apabila kita telah membuat keputusan untuk hidup bersama, bermakna baik buruk sepanjang laluan itu, kita harus terima dengan hati yang terbuka.. Lebih-lebih lagi menjadi seorang isteri, maka suami itu adalah syurga dunia dan akhirat buat kita. Uwekks, ayat ape yang aku guna ni.




Bila fikir-fikir balik, aku jadi takut. Bimbang. Ya memang seronok tengok orang lain dah jumpa tulang rusuk kiri masing2. Tapi tertanya-tanya, aku ni tulang rusuk kiri siapa? Dan perkara yang paling aku bimbangkan sekali ialah adakah pemilik tulang rusuk ini akan memahami dan menerima aku yang serba kekurangan compang camping ini seadanya. Kerana aku sedar, aku ni wanita yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sukaar difahami. Tak percaya tanya ibu aku haha. Biasanya 50% yang aku cakap berbeza daripada apa yang sebenarnya ada dalam hati. Apa yang aku buat berbeza dari apa yang aku inginkan. Kadang-kadang aku boleh jadi wanita paling kuat hati, tapi lain waktu aku pula boleh jadi wanita paling cepat menangis.

Pun perkara yang sama berlaku juga antara aku dan ibu. Ibu, adalah orang yang paling kenal anak perempuannya ini. Anak perempuannya yang sangat-sangat sukar difahami. Sebagai contoh, kalaulah aku sedih atau bengang sebab kena marah atau kena sembur, aku memang akan terus telefon ibu n luahkan perasaan dan aku sebenarnya mengharap ibu akan menenangkan dan menasihati aku. Like say, kalau time tu ibu tengah khusyuk tengok tv cerita favourite dia, dan ibu tidak nasihat aku seperti yang diharapkan, aku terus merajuk, kata ibu tak sayang anak ibu yang jauh ni. Tak ingat anak dia yang tercampak jauh di kota 'amsterdam' ni. Lawak kan? hehe Actually aku nak dengar dialog-dialog biasa je dari ibu, contoh, "Dahlah kak, biar je. Sabar banyak-banyak.." Tapi bila ibu gagal cakap 'skema' ni, aku meragam macam budak umur 5 tahun haha. Pastu tak lama lepas tu, aku akan mohon maaf pada ibu. Itulah yang selalu berlaku.

Itu ibu, wanita yang besarkan aku dari sekecil tapak tangan hingga sekarang. Namun, pemilik tulang rusuk itu, bisakah dia memahami? Bisakah dia mengerti dan menerima?




Ahaxxx, tak mengapalah, pulangkan semuanya pada Allah. Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Namun cukup baikkah aku untuk mendapat lelaki yang terbaik?

Secara jujurnya, aku tulis entry ini dengan rasa penuh bimbang. Entah kenapa hari ini, aku begitu ralat dengan isu ini. Seolah-olah aku belum menemui apa yang dicari atau merasakan apa yang berlaku adalah satu kesilapan. Malah aku merasa takut adakah kita sedang membuat pilihan yang betul. Untuk wanita seperti aku, yang terlalu sukar untuk difahami, aku bimbang, pemilik tulang rusuk itu kesal kerana memilihku. 


No comments:

Post a Comment