kalau tanya apa ada pada hati aku sekarang. kecewa dengan diri sendiri. akhir2 ni aku rasa diri aku nothing. nothing. nothing hadapan kawan2, nothing dalam study, nothing sama ahli bayt, nothing disamping akhawat2. kadang2 aku harap orang tegur salah aku. tapi, hakikatnya aku takut nak terima teguran. diam diam aku memberontak. diam diam aku menangis tanpa aku minta. kadang kadang tanpa sebab. loserrr~aku takut kalau kalau dalam usia ni aku dah sakitkan banyak hati. aku minta maaf, mungkin aku tak perasan kerana dah lali terus menerus menyinggung perasaan orang lain. kecewa bukan? punya hati tapi tak reti gunakan. aku rasa takut bila sujud pada Tuhan hati aku tetap sama, nothing. aku takut khusyuk aku tika solat hanya kejar pujian semata. Allahu rabbi, aku perlukan hati yang baru. hati yang rasa zuk saat sujud pada Mu.
aku tak down, aku still gagah, aku masih mampu tersenyum.. nauzubillah. cuma aku kecewa kadang2, rasa diri 'nothing'. tidak berguna. tidak memberi manfaat pada yang lain, tapi masih berjalan angkuh atas muka bumi Ilahi rabbi.
No comments:
Post a Comment